Saturday, March 5, 2011

Cerita Cintaku - Episod 3


Tarikh utk aku menjalani peperiksaan keramat di sekolahku iaitu SPM kian hmpir . namun aku masih gagal mnumpukan plajaran ku kerana cinta kepadanya.pada bulan puasa,dia telah pun berhenti tusyen.semangat ku utk ke tusyen sudah hilang kerana aku seolah hilang motif utk kesana.kami semakin susah utk berjumpa.pada 1 mlm kami merancang utk berjumpa slepas kami berbuka dgn kawan masing2.ya Allah lamanya tak jmpa dia ! rindunya ! tenang skali rasa bila dia di depan mata.namun kami tidak dpt berjumpa lama kerana dia perlu pulang disebabkan menumpang kawan.sedihnya dalam hati aku.bilakah dpt berjumpa lagi.peperiksaan semakin hampir dan aku lansung tidak bersedia.namun aku tetap bersemangat kerana dia selalu member nasihat dan semangat kepada aku.aku tak boleh byangkn hidupku tnpa dia.hari yg ditunggu-tunggu telah pun tiba,aku berada di hari pertama SPM.Alhamdulillah aku berjaya melalui hari-hari SPM ku dgn baik . Semasa menunggu paper fizik,ade gap seminggu untuk subjek2 lain.aku gunakan hari tersebut untuk bertemu si dia . dapatlah melepaskan rindu yang terpendam .Peperiksaan SPM ku berakhir pada 16 Disember dan aku hanya 2 minggu untuk bersamanya kerana pada awal Januari,dia harus kembali ke sekolah untuk musim baru.Aku sedar,peluang aku untuk berjumpa selalu kian menipis kerana dia pula akan menghadapi tahun SPM.Aku membuat pilihan untuk bekerja bagi mengisi masa lapang aku menunggu result SPM yg akan diumumkan pada bulan Mac.Pada awalnya,aku bekerja sebagai promoter di Parkson disebuah pusat membeli belah terkemuka di Kuantan.yeah.masih segar diingatan aku ketika dia mencuri masa ketika bersama keluarga untuk melawat aku semasa bekerja.Walaupun hanya 5 minit,aku sangat hargai masa itu.Tapi tidak lama aku bekerja disitu kerana agak membosankan.Aku bertukar kerja kepada seorang jurujual P1wimax iaitu menjual broadband.Kerja yang amat mencabar dan menyeronokkan kerana aku bekerja bersama kawan-kawan karibku.Kali ni aku sukar berjumpa dengan nya kerana kerja ku tidak menentu tempatnya.Biarlah jarang berjumpa pun , aku mahu kumpul duit dan mahu gunakan wang hasil titik peluhku sendiri untuk membelanja dia.Aku ingin belikan dia pelbagai hadiah.Aku mahu dia gembira.Semasa mendapat gaji,tiada lain yg hanya aku fikirkan.Apa yg ada didalam kepalaku adalah dia sahaja.Even keluarga ku sendiri pun aku tidak hiraukan.Aku beli kan dia baju baru,aku belanja dia makan dan macam-macam lagi . Walaupun tidak seberapa,cukuplah untuk dia.Aku sangat gembira.Tidak lama kemudian,result SPM akan diumumkan.Hatiku sangatlah berdebar kerana harapanku tersangatlah tinggi untuk berjaya.Aku mahukan kejayaan kerana aku mahu dia bangga memiliki aku.Aku pun hadir ke sekolah pada hari pengumuman result.Aku sedih dan hampa kerana keputusanku tidak seperti yang diharapkan.Aku menangis kerana aku telah mengecewakan semua org yg menaruh harapan kepadaku.Aku gagal membuat dia bangga memiliki aku.Tapi dia terus memberi kata semangat kepadaku.Pada bulan 7,pengambilan ke universiti diumumkan.Nama aku tidak tersenarai dalam kalangan yang berjaya untuk menyambung pelajaran.Aku sangat malu kerana kawan-kawanku semuanya berjaya.Akhirnya aku terpaksa menyambung pelajaran di tingkatan 6 . Aku tahu dia sedikit kecewa kerana aku gagal ke universiti.Sejak dari itu,aku sering menasihati dia agar belajar bersungguh-sungguh agar tidak mengulangi kegagalanku.Pada suatu hari,sekolah dia mengadakan 1 hari terbuka dimana org luar dibenarkan masuk dan turut serta dalam program itu.Hari terbuka dimana ramai pelajar berniaga untuk suka-suka.Aku hadir bersama sepupu dia kerana aku tidak mempunyai kereta sendiri.Aku hadir dengan penuh semangat kerana mahu berjumpa dia.Seperti yg sedia maklum,kami sangat sukar untuk berjumpa.Peluang sebeginilah yg kami ambil untuk berjumpa.Tapi aku sedikit terasa kerana dia seperti tidak meraikan kedatangan aku malah lebih cenderung kepada kawan-kawan yg tiap-tiap hari dia jumpa.

 lama dah tak jumpa mcm ni petang2 :')

No comments:

Post a Comment