Wednesday, May 9, 2012

I've Been Dumped and I'm in Pain - Part 2

Disebabkan terhutang budi , saya berjanji untuk tidak menyakiti dia kerana dia berbuat baik kepada saya . Saya cuba turut kemahuannya as cuba membalas jasa baik saya . Saya langsung tidak memikirkan apa-apa termasuklah kesilapan yang telah saya buat . Lepas tragedi terhutang budi tu , esoknya nak keluar katanya dan dia mahu saya menemaninya . Disebabkan tiada kereta , saya meminta dia mengambil saya . Area 10 pagi dia sampai rumah , saya masih belum bersiap . Saya pelawa dia masuk sebab tak sampai hati nak biar dia tunggu dalam kereta kat luar dengan cuaca panasnya . Saya biarkan dia menonton TV dan saya mandi . Lepas siap mandi kami pun keluar berdua . Dia bawak saya pergi sini , pergi sana . Dia seolah tak berkira pun duit minyak dia habis untuk saya , as long saya ada disebelah bersama dia . Atas dasar membalas jasa , saya turutkan semuanya . Di bahagian malamnya , kami ber-BBM seperti biasa dan dia bagi saya lagu tak tajuknya tak berapa ingat . Dalam seminggu tu adalah 2 3 lagu . Saya tak accept pun , sbb BB saya ade prob . and accept kadang2 sbb dia mcm bising , tp sy tak dgr pun . Semua semata-mata atas nk balas jasa . 1 hari , dia cakap dia sakit gigi sebab baru buat checkup braces , saya pun kebetulan baru pakai braces , saya ada pil tahan sakit . Dia cakap dia sakit sampai tak tahan , saya pun suruh la datang rumah untuk ambil ubat tu . Dan sekali lagi , dia datang . Saya bg dia makan ubat tu then duduk bersandar depan TV . Bila dah okay nanti nak ajak keluar . hati makin tak sedap ni takut jadi apa2 yg tak diingini . tapi macam rasa bersalah nak halau dia keluar . biarlah dia rest dulu . Nak dijadikan cerita lagi ! Papa saya balik dengan mengejut ! Sumpah cuaknya saya rasa masa tu ! Papa mcm terkejut tp saya explain ni kawan datang kejap nak ambil movie . Papa pun okay . Pastu saya suruh MH ni pergi keluar jalan2 somewhere dulu nanti saya call semula . Papa diam je dgn sy . saya takut dia bersangka buruk . saya call Mama and explain everything . Mama macam bebel sikit lah sebab bawak perempuan masuk , saya pun mintak maaf and semua okay .

*** to be continue ***

No comments:

Post a Comment